spoon

Bubur Nasi Istimewa No.1 @ Sentosa

0

Sekiranya anda ke JB, jangan lupa singgah ke Gerai No. 1 Jalan Sutera, Taman Sentosa untuk mencuba bubur nasi istimewanya.

Nasi bubur yang dihidangkan mudah sahaja, ia cuma berlaukkan kangkung goreng, telur, lobak masin, ikan bilis goreng cili.

Walaupun nampak ringkas tapi rasanya sangat membuka selera sesiapa sahaja yang datang mengunjung. Jadi tidak hairanlah jika gerai ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung hampir setiap malam hinggalah larut malam.

Sekiranya anda tidak meminati bubur nasi boleh juga mencuba pelbagai hidangan dari gerai-gerai bersebelahan yang lain seperti ikan bakar, satay, pelbagai jenis mee dan banyak lagi... Selamat mencuba. ;)

(Suasana Gerai Di waktu malam)

Lokasi : Gerai No.1 Jalan Sutera, Taman Sentosa

Post a comment