spoon

Ice Room Cafe

0

Category :

Lokasinya di Nilai, Negeri 9. Terbaru ada buka di Bangi. Apabila ke Ice Room Cafe perlu di set kat kepala untuk makan jenis2 dessert jer... sebab that's is what their specialty.



(Sumber gambar dari mr. google)


Lokasi : Bangi @ Nilai






Tasik Idaman

0

Category :


Satu lagi lokasi pilihan ialah di Tasik Idaman Bangi. Disini memang terkenal dengan makanan jenis seafood. Paling best sekali Tom Yam Seafood.

Masakan lain yang boleh di order di sini seperti siakap masak tiga rasa, masak steam dan macam-macam lagilah.

kat bawah nin di sertakan gambar-gambar yang di ambil dari internet. ;)

sumber gambar : mr. Google


Lokasi : Bangi Lama
GPS : GPS Position: 101°45'17"E, 2°53'39"N

Restoran H.M Sri Bagan

2

Category :


Bagan Lalang merupakan salah satu pantai di Sepang, Selangor. Dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui NKVE (North Klang Valley Expressway) dan keluar tol KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Dari tol KLIA pula anda perlu menuju ke Sepang International Circuit (SIC) / LCCT. Sejurus sebelum SIC, ambil simpang ke kiri menuju ke Bandar Enstek. Setelah sampai di simpang empat pertama, belok kanan ke arah Sepang Gold Coast. Anda akan melalui jalan kampung sehingga lah ke Bandar Sungai Pelek. Dari Bandar Sg Pelek, ikut papan tanda ke arah Bagan Lalang / Sepang Gold Coast. Sebelum sampai ke Pantai Bagan Lalang, anda akan sekali lagi melalui jalan kampung.

Terdapat banyak kedai makanan laut disana... Salah satunya yang paling terkenal Restoran H.M Sri Bagan. Satu yang best kat sini tempat makan dia kat atas pelantar, betul-betul atas tasik rasa terapung-apung jer.


Pengunjung boleh memilih pelbagai makanan laut segar seperti ikan, sotong, udang, ketam, siput, lala da lain-lain untuk dimasak mengikut citarasa pelanggan sama ada dibakar, digoreng, atau di stim. Antara menu masakan yang popular ialah seperti ikan siakap / kerapu masak tiga rasa, ketam masak cili, sup ketam, sotong goreng tepung, udang masak merah, dan pari bakar. Selain itu, terdapat juga menu sampingan lain seperti telur bistik, sayur kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, pelbagai jenis tom yam, sup, otak-otak dan macam-macam lagi. Harga setiap hidangan adalah berdasarkan berat setiap gram.


Jika anda ingin menjamu selera dengan makanan laut yang segar sambil menikmati ke indahan pantai, datanglah ke Bagan Lalang.

Nama Gerai : Restoran H.M Sri Bagan

Lokasi : Bagan Lalang

Waktu Perniagaan :06:00PM – 2.00AM

Food Rating : 4/5 Service Rating : 4/5

Nasi Minyak House

0


Entry kalini nak cerita tempat makan yang mana nama restoran ni Restoran Nasi Minyak House di Reko Sentral kat area Giant mall baru. Walaupun belum pernah pergi kesana... tapi ramai yang cadangkan untuk try makanan dia, katanya memang best. Orang pertama yang mencadanglan ialah Puan Eimaelissa Dean nama facebook dia, nama betul tatau plak.. wife si En.Din.

Dari nama restorannya pun kita tau dah core dishes dia nasi minyak. Di restoran ni ada juga sediakan makanan jenis western dan juga makanan-makanan versatile lain.

Bila surf website tgk presentation dorang sgt cun... jom layan gambar-gambar yang dapat dari mr.google nih...

*****menu*****
*****menu list*****
*****Hot & roll Egg & Cheese*****
*****Nasi Minyak Daging Hitam*****
*****Nasi Minyak Ayam Merah*****

Lokasi : Reko Sentral





Sekiranya anda ke JB, jangan lupa singgah ke Gerai No. 1 Jalan Sutera, Taman Sentosa untuk mencuba bubur nasi istimewanya.

Nasi bubur yang dihidangkan mudah sahaja, ia cuma berlaukkan kangkung goreng, telur, lobak masin, ikan bilis goreng cili.

Walaupun nampak ringkas tapi rasanya sangat membuka selera sesiapa sahaja yang datang mengunjung. Jadi tidak hairanlah jika gerai ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung hampir setiap malam hinggalah larut malam.

Sekiranya anda tidak meminati bubur nasi boleh juga mencuba pelbagai hidangan dari gerai-gerai bersebelahan yang lain seperti ikan bakar, satay, pelbagai jenis mee dan banyak lagi... Selamat mencuba. ;)

(Suasana Gerai Di waktu malam)

Lokasi : Gerai No.1 Jalan Sutera, Taman Sentosa

Restoran ZZ Sup Tulang

0

Category :

Tempat menarik bagi penggemar Sup di Johor Bahru ialah di Restoran ZZ Sup Tulang. Sehingga kini ada banyak cawangan yang telah dibuka selain dari cawangan utama di Jalan Petrie, terdapat 2 cawangan iaitu di Damansara Aliff dan Setia Tropika.

Paling menarik, Restoran ZZ Sup Tulang telah mempunyai Facebook Fan Page. Diantara menu utama di ZZ ialah mee rebus tulang. Memang bestlah. Kadang menukar selera seperti Mee Hoon Sup Daging, Soto Ayam dan juga Bubur Nasi. Terdapat bermacam-macam jenis makanan yang disediakan dan antara yang popular ialah Lontong Kering, dan Nasi Ayam Penyet.





Nama Gerai : Restoran ZZ Sup Tulang

Lokasi : Jalan Petrie (JKR Daerah), Setia Tropika, Damansara Aliff

Wajib Order : Mee Rebus Tulang, Lontong Kering, Sup Tulang

Waktu Perniagaan :07:00AM – 11.00PM

Food Rating : 4/5 Service Rating : 3/5