spoon

Restoran H.M Sri Bagan

2

Category :


Bagan Lalang merupakan salah satu pantai di Sepang, Selangor. Dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui NKVE (North Klang Valley Expressway) dan keluar tol KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Dari tol KLIA pula anda perlu menuju ke Sepang International Circuit (SIC) / LCCT. Sejurus sebelum SIC, ambil simpang ke kiri menuju ke Bandar Enstek. Setelah sampai di simpang empat pertama, belok kanan ke arah Sepang Gold Coast. Anda akan melalui jalan kampung sehingga lah ke Bandar Sungai Pelek. Dari Bandar Sg Pelek, ikut papan tanda ke arah Bagan Lalang / Sepang Gold Coast. Sebelum sampai ke Pantai Bagan Lalang, anda akan sekali lagi melalui jalan kampung.

Terdapat banyak kedai makanan laut disana... Salah satunya yang paling terkenal Restoran H.M Sri Bagan. Satu yang best kat sini tempat makan dia kat atas pelantar, betul-betul atas tasik rasa terapung-apung jer.


Pengunjung boleh memilih pelbagai makanan laut segar seperti ikan, sotong, udang, ketam, siput, lala da lain-lain untuk dimasak mengikut citarasa pelanggan sama ada dibakar, digoreng, atau di stim. Antara menu masakan yang popular ialah seperti ikan siakap / kerapu masak tiga rasa, ketam masak cili, sup ketam, sotong goreng tepung, udang masak merah, dan pari bakar. Selain itu, terdapat juga menu sampingan lain seperti telur bistik, sayur kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, pelbagai jenis tom yam, sup, otak-otak dan macam-macam lagi. Harga setiap hidangan adalah berdasarkan berat setiap gram.


Jika anda ingin menjamu selera dengan makanan laut yang segar sambil menikmati ke indahan pantai, datanglah ke Bagan Lalang.

Nama Gerai : Restoran H.M Sri Bagan

Lokasi : Bagan Lalang

Waktu Perniagaan :06:00PM – 2.00AM

Food Rating : 4/5 Service Rating : 4/5

Comments (2)

FEBERET! DAN KEBETULAN RESTORAN KELUARGA SUAMI KWN MAYA NI...

Ouh...ble suggest mber follow this blog. Kira promote tmpt dia la nii..

Post a comment