spoon

Info Menarik

norsaadahSelamat Datang Selamat datang ke blog "Makan-Makan Corner". Blog ini menyediakan tempat-tempat makan yang menarik dan menawarkan harga yang berpatutan sebagai panduan bagi mereka-mereka yang gemar mencari lokasi untuk makan. Selamat melayari...

seimbangMakanan Seimbang Makanan seimbang seharusnya memberi : i. Tenaga makanan yang mencukupi ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. iii. Kandungan fiber yang mencukupi iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

seimbangKeperluan Kalori Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.

seimbangKunci untuk sihat sepanjang hayat Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat: 1. Makan secara sihat 2. Tidak merokok 3. Lakukan aktiviti fizikal 4. Belajar menangani stress

Read more

Lokasi Terkini

IFTAR Ramadhan _ Sahara@PICC

Comments (0) | Sunday 21 August 2011

Seperti yang dijanjikan, harini nak update lagi untuk lokasi makan seterusnya. Sementara masih ramadhan lagi, ape kata luangkan masa bersama family or yang tersayang ker ke bufet ramadhan di PICC dengan suasana sahara....

Macam-macam menu yang disediakan kat sana sesuailah dengan harga yang ditawarkan. Tapi rasanya tahunni harga dia dah naik sket kalau nak compare dengan harga tahun lepas... :) tapi disebabkan ada org yang bermurah hati nak sponsor iftar kitaorang, so tanpa menolak rezeki yang ada depan mata, kitaorang pun terus je p... :D orang kata rezeki kalau dah ada depan mata tu kita terimalah dengan terbuka... hihiiii.... kalau nak suruh p sendiri mcm tak mampu pulak.... bukan xmampu ape... takut tak mampu nak makan... :D huhuuuu... sebab terlampau banyak sangat makanan. hurm... org kata kalau ajak org yg tak berapa nak pemakan nih p makan bufet buat rugi jer... sbb bayar mahal tapi makan sikit.

Ha... kalau nak tau ape yang ada kat sana tgk jelah makanan yang kitaorg makan nih.... sangat bervariasi.... sedap pun sedap, xmenyesal rasanya kalau korang pun nak p.

Kalau bayar sendiri nak dapatkan harga kanak2 agak2 boleh x? hihiiii....

selamat datang yer ke Sahara Zone

mini living room... cute sgt...

Pasangan nih mana aku ada dia msti ada....

Sebelum masuk waktu berbuka nilah kerjanya... posing2 smbil tunggu azan...

Ni sorang lagi ahli wajib... ;)

Yang ni makanan biasalah... Char Kue Teow...

Yang ni best, kambing panggang.... daging lembut, tade bau kambing rasa pun sedap sgt...

Yang ni kebab arab, roti arab, popia arab... yelah semua arab base...

Western pun ader...

Yang ni memang fav sangatlah... satay...

banyak lagi sebenarnya makanan yang ada... tak dan nak snap... lain2 menu mcm nasi arab, otak-otak ikan tenggiri, utk dessert macam-macam ada... kuih-muih pun ada... herm... kalau nak disenaraikan semua menu mau tak tido malam nih.. so kalau korang rasa nak tau ape lagi yg ada kat sana try p jerk.

Tak lupa untuk yang mensponsor iftar malam tu... terima kasih banyak-banyak, next year sudi2lah sponsor lagi.... :)

Lokasi : PICC (Dewan Makan)
Harga : RM55 (adult) / RM29(budak kicik) / bawah 6 thn free jer...
Kemudahan : Tempat solat sudah semestinya, tempat solat wanita diaorang buat kat bawah juga sebelah tempat solat lelaki... tak payah naik tingkat atas macam selalu, tapi kain telekong limited sangat. Eloklah bawa telekung sendiri kalau tak mahu menunggu lama.... waktu maghrib pun bukan lama sangat.... :)

ok, cukup takat ni dulu. Untuk bufet ramadhan ni cukup utk ni kot... sambung tempat makan lain lepas raya nanti.... Salam....





IFTAR Ramadhan _ Al Sinni Restaurant

Comments (2) | Friday 19 August 2011

Pejam celik dah 19 hari kita puasa.... erm... 19 hari jugaklah......(cakap sensorang tanpa dilayan...sedih kan...huhu...). smalam tetiba ofismate nih nak makan luar plak.... disebabkan ada kelas, so mcm takleh nak join... tp dipaksa dan kerana terpasa... so join jelah... nasiblah kelas start lambat... boleh lah makan dgn tenang....
dah last minit dorang nih baru tepikir nak makan luar.. so aku pon penin cari tempat... tetiba teringat plak ada satu kedai baru kat jalan sg merab tuh... kalau dari gate 1 tu amik kanan, kedainye depan sket dari perantauhill ataupun hj sharinlow... tapi kedai dia sebelah kiri. signboarg besaq lagi kale merah mcm kat gambaq yg aku attached kat bawah nih. sesuailah utk aku yang nak terus p kelas nantinyer. kedai dia comel jerk... tapi penuh lampu.... kalau salah pandang org ingat kedai lampu da.... tpnye dia kedai makan chinese muslim.... makan steamboat jerk. ;P


Ini dia Al Sinni Chinese Muslim Restaurant

tunggu masa buka sumer dah siap masak... wallaa...

nih puan ain yg teror masak.. main campak2 jerk.


yang sorg ni agak gelabah macho... masukkan sup pun nak jerit2... penin aku.

port baik... sebelah peti eiskrim... :)

sebelum kejadian beratur panjang... so dah amik dulu ape yg patot....

yang 2 org nih jaga api jelah...

nilah muke2 yang p tanpa di rancang....

herm..... gambar kedai tu nti upload lain k... nak bersiap2 untuk pulang dan IFTAR bersama muke2 nih lagi kat SAHARA@PICC.... esok update lain...


ouh... satu lagi

Harga sempena ramadhan ni RM19.90/person : murahkan?? sedap plak tuh.
Service : terbaik....
kemudahan, tempat solat.... itu yg penting...


ok jumpa di next entry..... selamat berbuka puasa...

Hj. Sharin Low (Bangi)

Comments (0) | Thursday 9 June 2011


Restoran ni baru je dibuka awal tahun ni. Lokasinya dekat dengan Perantau Hill di Jalan Sg. Merab. Agak Tersorok sedikit la... Restoran ni menyajikan masakan China... HArga pun berpatutan, kebanyakan yang dah pernah datang kesini semua kata makanan dia best.

Kat bawah ni adalah sedikit gambar yang diambil dari mr.google untuk rujukan.


Lokasi : Bangi, Jalan Sg. Merab (Bersebelahan Perantau Hill)

Chop 'n Steak (Serdang)

Comments (0) |

Terima kasih kepada someone yang telah memeberi info tempat makan ni. Chop 'n Steak adalah restoran melayu tetapi kebanyakan makanan yang disajikan secara western. restoran ni terletak berhampiran UPM serdang.


Kawasan restoran yang menarik dan menimbulkan mood untuk menjamu selera. walaubagaimanapun restoran ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pengunjung tidak kira pada hari bekerja ataupun hari minggu.

Jika anda ingin order makan, anda akan dapat lihat daripada senarai menu sebenanrnya dia dibahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut kepakaran tukang masak, kerana setiap masakan akan disediakan oleh tukang masak yang mahir dalam bidang masing-masing.


Disini terdapat beberapa link untuk yang boleh dijadikan panduan :


Alamat :
Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

WikiMapia Coordinates :
3°0'21"N 101°42'55"E

Contact Number :
012-447 1639 / 019-335 7373

Hidangan Utama: Western
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 3/5

Restoran Sup Kaww, Kelana Jaya, Selangor

Comments (0) |


Teringin nak makan sup kaww? Jom berkunjung ke Restoran Sup Kaww! yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Lokasi restoran adalah bersebelahan dengan UNITAR dan juga Giant Hypermarket, Kelana Jaya.

Walau pun nama restoran adalah Restoran Sup Kaww! tapi bukan hanya sup yang boleh didapati di sini. Banyak lagi masakan lain yang boleh dipesan di sini - Malay, Chinese, Thai & Western Food.

Ada pelbagai menu sup. Antaranya - sup ekor, sup tulang, sup daging, sup perut, sup ayam, sup kaww special, sup kaww special bersama tongkat ali pun ada. Bagi yang suka sangat minum kopi tongkat ali, apa kata kali ni try minum sup kaww special + tongkat ali pulak. Tongkat ali campur dengan sup kaww lagi, pasti lagi power :-).

Sup Kaww Special ni mengandungi campuran daging, paru, perut, tulang dan ekor. Dah try tu, ternyata supnya memang best dan kaww! Kuahnya agak pekat dan restoran ni tak kedekut nak isi banyak bahan dalam sup ni. Selalu kita pergi mana-mana kedai sup, kuahnya saja yang lebih, isi sikit sangat. Yang ini, isi penuh, kuah supnya juga pekat dan sedap. Daging pun lembut. Harga bagi Sup Kaww Special ialah RM10 semangkuk. Bagi saya ia amat berpatutan. Satu mangkuk ni boleh makan dua orang.



Sementara nak tunggu masakan-masakan tadi bolehlah menjamu otak-otak yang juga dijual di Restoran Sup Kaww ni. Dihidangkan panas-panas juga. Harganya RM0.70 satu. Oh ya, selain dari otak-otak, satay pun ada juga.

Selamat mencuba.



Lokasi :

Address:
Restaurant Sup Kaww!
Lot 3630, SS7/8,
Kelana Jaya 47301, Selangor

GPS: 3.10497, 101.59786
Tel: 019-384 8421

Warung Dusun - Gear Box

Comments (0) |




Teringin nak makan Sup Gear Box? Bolehlah singgah di Warung Dusun yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Di kawasan Bandar Baru Bangi, restoran ini memang terkenal dengan sup gear box nya yang best. Selain daripada sup gear box, terdapat juga makanan laut (seafood) yang sedap. Pelanggan boleh pilih ikan/ketam/sotong yang segar untuk dimasak ikut menu kegemaran masing-masing.

Sup gear box nya memang sedap seperti yang diperkatakan. Kebanyakan yang datang ke sini, pasti ada menu ni atas meja hidangan masing-masing.

Secara keseluruhannya, masakan memang sedap, harga sangat berpatutan dan servis tip top.

Selamat mencuba!

Theobroma Chocolate Lounge

Comments (0) | Wednesday 8 June 2011

Ok, entry kalini saya nak bawa korang semua ke satu tempat yang agak menarik bagi sesiapa yang gemar kan coklat. Di Theobroma Chocolate Lounge, kita akan disajikan dengan makanan yang berasaskan coklat....

Menu utama yang memang best ialah Chocolate Affair harga dia RM25.90. cukuplah untuk makan dalam 2-3 orang... kalau memang gemarkan coklat 1 set mungkin dalam 2 orang pun cukup... so kat sini saya nak share beberapa keping gambar yang saya search dari google dan ada yang diambil dari blog si kecik molek Mayadhira...

(ha... ni la dia Chocolate Affair tu... menarikkan!!)

Theobroma Chocolate Lounge pun ada facebook nye sendiri, so korang boleh tengok-tengok ape yang menarik ada kat Theobroma Chocolate Lounge ni.

selamat mencuba....

Lokasi outlet :

Theobroma Chocolate Lounge @ 1 Utama (NEW Wing)
Lot FK 3, 1st Floor, Highstreet,
1 Utama Shopping Centre,
No. 1, Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03 - 7725 0623

Theobroma Chocolate Lounge @ The Curve
Lot G52, The Street, The Curve,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03 - 7722 1848

Theobroma Chocolate Lounge @ Pavilion
Lot C4.05.02, Connection Level 4,
Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 2143 4149

Theobroma Chocolate Lounge @ Sunway Piramid
LG2. RINK, Lower Ground 2,
Sunway Piramid Shopping Mall,
No. 3, Jalan PJS11/15,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03 - 5631 9878

Theobroma Chocolate Lounge @ LCCT
Lot LCPC 09(B),
Low Cost Carrier Terminal,
64000 Sepang, Selangor.
Tel: 03 - 8787 2759

Restoran @ Maeps

Comments (0) |

JIKA anda ingin menikmati stimbot atau makanan cita rasa masakan ala kampung dan ikan bakar, Restoran @ Maeps di Serdang, antara pilihan tepat yang dapat memenuhi selera.

Kepuasan menikmati hidangan di situ membuatkan anda pasti berasa berbaloi. Restoran Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS, MARDI) yang berhampiran Hospital Serdang Putrajaya, UPM dan IOI Resort itu bukan saja menyajikan hidangan yang menambat selera tetapi juga menjanjikan persekitaran selesa dan nyaman yang menenangkan jiwa.

Jika pada waktu siangnya, pengunjung berpeluang menatap persekitaran menghijau yang menyejukkan pandangan mata, sebelah malam pula bolehlah menikmati bunyi-bunyian unggas, mendamaikan perasaan. Suasana seperti itu mungkin tidak boleh dikecapi di kebanyakan tempat menjamu selera dan itulah antara keistimewaan serta keunikan restoran berkenaan yang juga jauh terpinggir dari hiruk pikuk ibu kota.

Bersulam dengan keenakan hidangan tradisional dan stimbot yang mengecurkan air liur serta persekitaran menarik, pastinya selera semakin bertambah dan tidak puas ingin mencuba apa saja makanan berada di depan mata.

Semua hidangan enak di restoran itu disediakan oleh Hjh Maznah Food Industry Sdn yang berpengalaman cukup luas dalam industri makanan, termasuk sebagai pengeluar dan pengedar makanan sejuk beku, operator kantin dan perunding makanan dan majlis makanan.

Restoran itu kini diterajui anak pengasas syarikat itu, Firdaus Omar yang juga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang penyediaan dan penyajian makanan. Malah, Firdaus adalah bekas jurumasak berpengalaman selama 25 tahun yang pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang sama ada di dalam dan di luar negara.

Restoran itu tiada masalah untuk menerima kedatangan ramai pelanggan kerana keluasannya boleh menampung sehingga 500 pelanggan pada setiap masa. Untuk kemudahan pelanggan, tempat letak kereta percuma dan luas turut disediakan.

Pilihan tom yam dan sup berempah yang disajikan amat berperisa dan sememangnya cukup berselera dinikmati ketika panas. Justeru, setiap kali ingin berkunjung ke restoran itu pastikan perut kosong supaya hidangan di depan mata boleh dimakan sepuas-puasnya dan tidak hanya dipandang saja.

Pilihan makanan laut yang ditawarkan juga ada pelbagai termasuk, ketam, kupang, udang, kerang dan sotong manakala untuk bertukar selera dan melengkapkan lagi khasiat makanan diambil pengunjung juga boleh memilih bebola ikan atau sotong, daging dan mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran disediakan.

Hidangan stimbot di restoran itu boleh dinikmati bermula jam 5 petang hingga 10.30 malam , sarapan pagi dari 7 pagi hingga 11 pagi manakala untuk makan tengahari, ia bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3.00 petang diikuti ala-carte western dan local dari pukul 3 petang hingga 6 petang.

Sesuai dengan cita rasa kampung, untuk pembuka selera disediakan ulam- ulaman seperti kerabu pucuk paku kelapa cili, jelatah timun nanas, kerabu perut bebawang dan tidak ketinggalan penyedap selera seperti cencaluk, sambal mangga muda, budu, kicap cili dan pedas.

Hidangan utama pula merangkumi, ayam masak cili api ulam pegaga, paru rendang masak pedas Pak Ali, gulai ikan masin terung tumis darat, singgang ikan patin, solok lada, udang sambal petai sira bawang, ikan kela muda cili Rica, daging salai lemak rebung muda, rendang ekor sapi daun pegaga, pucuk manik lemak keledek, mee kari ipoh ,satay, ayam kampong, burung puyuh, ikan bakar dan banyak lagi.

Pemanis mulut dan minuman juga tidak kurang hebat seperti kacang merah, rencah jagung manis, aneka sagu, pudding roti dan air jus kurma, sirap selasih, dan lain-lain lagi.

Katanya, dengan persekitaran yang menarik dan cukup peribadi restoran itu juga sesuai dijadikan lokasi untuk mengadakan pelbagai acara atau majlis seperti meraikan hari jadi, perkahwinan, acara dan sebagainya. Untuk tempahan boleh hubungi 012 3131 091 atau themaepsrestaurant@hotmail.com


BUFFET STEAMBOAT DENGAN 150 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 19.90 NETT SAHAJA

BUFFET LUNCH DENGAN 70 JENIS HIDANGAN BUFFET
PADA HARGA RM 15.00 NETT SAHAJA

MINUMAN PERCUMA

- RESTORAN LUAS YANG BOLEH MENAMPUNG 500 ORANG.
- KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA.
- SEMUA HIDANGAN DITANGGUNG HALAL.
- KEMUDAHAN SURAU.

Untuk sebarang pertanyaan, pesanan dan food tasting
sila hubungi kami di talian 012-3131091.

Kami juga mengambil tempahan untuk kumpulan dan
untuk majlis keramaian.

MAKANAN DISEDIAKAN OLEH
Hjh Maznah Food Industry Sdn Bhd

Restoran Red Wok

Comments (0) | Friday 3 June 2011

Kalini kita ke Red Wok Restaurant. Kat sini ada menyediakan masakan jenis Cina, Thai, dan Steamboat yang halal. Untuk menu boleh klik kat sini.... ;)

Last week datang kesini sebab nak makan pulut mangga... dah lama cari, kat menu ni memang kata ada pulut mangga... tapinya bila sampai sana katanya dah lama tak buat pulut mangga tu... hampa sangat..... so dah boleh delete kot menu no. 3002 tu.... :(

Jadi, untuk sesiapa yang meminati makanan jenis Chinese Style boleh lah datang ke sini yer.... ;)

Ice Room Cafe

Comments (0) | Saturday 28 May 2011

Lokasinya di Nilai, Negeri 9. Terbaru ada buka di Bangi. Apabila ke Ice Room Cafe perlu di set kat kepala untuk makan jenis2 dessert jer... sebab that's is what their specialty.



(Sumber gambar dari mr. google)


Lokasi : Bangi @ Nilai