spoon

Chop 'n Steak (Serdang)

0

Category :

Terima kasih kepada someone yang telah memeberi info tempat makan ni. Chop 'n Steak adalah restoran melayu tetapi kebanyakan makanan yang disajikan secara western. restoran ni terletak berhampiran UPM serdang.


Kawasan restoran yang menarik dan menimbulkan mood untuk menjamu selera. walaubagaimanapun restoran ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pengunjung tidak kira pada hari bekerja ataupun hari minggu.

Jika anda ingin order makan, anda akan dapat lihat daripada senarai menu sebenanrnya dia dibahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut kepakaran tukang masak, kerana setiap masakan akan disediakan oleh tukang masak yang mahir dalam bidang masing-masing.


Disini terdapat beberapa link untuk yang boleh dijadikan panduan :


Alamat :
Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

WikiMapia Coordinates :
3°0'21"N 101°42'55"E

Contact Number :
012-447 1639 / 019-335 7373

Hidangan Utama: Western
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 3/5


Teringin nak makan sup kaww? Jom berkunjung ke Restoran Sup Kaww! yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Lokasi restoran adalah bersebelahan dengan UNITAR dan juga Giant Hypermarket, Kelana Jaya.

Walau pun nama restoran adalah Restoran Sup Kaww! tapi bukan hanya sup yang boleh didapati di sini. Banyak lagi masakan lain yang boleh dipesan di sini - Malay, Chinese, Thai & Western Food.

Ada pelbagai menu sup. Antaranya - sup ekor, sup tulang, sup daging, sup perut, sup ayam, sup kaww special, sup kaww special bersama tongkat ali pun ada. Bagi yang suka sangat minum kopi tongkat ali, apa kata kali ni try minum sup kaww special + tongkat ali pulak. Tongkat ali campur dengan sup kaww lagi, pasti lagi power :-).

Sup Kaww Special ni mengandungi campuran daging, paru, perut, tulang dan ekor. Dah try tu, ternyata supnya memang best dan kaww! Kuahnya agak pekat dan restoran ni tak kedekut nak isi banyak bahan dalam sup ni. Selalu kita pergi mana-mana kedai sup, kuahnya saja yang lebih, isi sikit sangat. Yang ini, isi penuh, kuah supnya juga pekat dan sedap. Daging pun lembut. Harga bagi Sup Kaww Special ialah RM10 semangkuk. Bagi saya ia amat berpatutan. Satu mangkuk ni boleh makan dua orang.



Sementara nak tunggu masakan-masakan tadi bolehlah menjamu otak-otak yang juga dijual di Restoran Sup Kaww ni. Dihidangkan panas-panas juga. Harganya RM0.70 satu. Oh ya, selain dari otak-otak, satay pun ada juga.

Selamat mencuba.



Lokasi :

Address:
Restaurant Sup Kaww!
Lot 3630, SS7/8,
Kelana Jaya 47301, Selangor

GPS: 3.10497, 101.59786
Tel: 019-384 8421