spoon

Restoran Sup Kaww, Kelana Jaya, Selangor

0

Category : , ,


Teringin nak makan sup kaww? Jom berkunjung ke Restoran Sup Kaww! yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Lokasi restoran adalah bersebelahan dengan UNITAR dan juga Giant Hypermarket, Kelana Jaya.

Walau pun nama restoran adalah Restoran Sup Kaww! tapi bukan hanya sup yang boleh didapati di sini. Banyak lagi masakan lain yang boleh dipesan di sini - Malay, Chinese, Thai & Western Food.

Ada pelbagai menu sup. Antaranya - sup ekor, sup tulang, sup daging, sup perut, sup ayam, sup kaww special, sup kaww special bersama tongkat ali pun ada. Bagi yang suka sangat minum kopi tongkat ali, apa kata kali ni try minum sup kaww special + tongkat ali pulak. Tongkat ali campur dengan sup kaww lagi, pasti lagi power :-).

Sup Kaww Special ni mengandungi campuran daging, paru, perut, tulang dan ekor. Dah try tu, ternyata supnya memang best dan kaww! Kuahnya agak pekat dan restoran ni tak kedekut nak isi banyak bahan dalam sup ni. Selalu kita pergi mana-mana kedai sup, kuahnya saja yang lebih, isi sikit sangat. Yang ini, isi penuh, kuah supnya juga pekat dan sedap. Daging pun lembut. Harga bagi Sup Kaww Special ialah RM10 semangkuk. Bagi saya ia amat berpatutan. Satu mangkuk ni boleh makan dua orang.



Sementara nak tunggu masakan-masakan tadi bolehlah menjamu otak-otak yang juga dijual di Restoran Sup Kaww ni. Dihidangkan panas-panas juga. Harganya RM0.70 satu. Oh ya, selain dari otak-otak, satay pun ada juga.

Selamat mencuba.



Lokasi :

Address:
Restaurant Sup Kaww!
Lot 3630, SS7/8,
Kelana Jaya 47301, Selangor

GPS: 3.10497, 101.59786
Tel: 019-384 8421

Post a comment